0

Pindah Link

Assalamualaikum & salam sejahtera semua fellas..

Mulai hari ini, entry baru akan di update di blog lama iaitu

http://nazira-story.blogspot.com/


Jom ke sana!!
0

Bukan Senang Nak Jadi Fotograper


Buat masa ni cukup la apa yang ada gadget aku. Nak menambah aksesori, ermmm baik aku buat modal niaga..haha ada untung lain kali tambah lagi.

Bukan senang nak mengambil gambar. Dulu, pakai belasah je..janji terang. Banyak yang kena belajar..komposisi, cahaya, subjek macam-macam lagi lah. Tangan gigil pun tak boleh. Make sure sebelum pergi shoot, makan la secukupnya.. nanti parkinson pulak.

Di Kelantan ni banyak group photog. Tapi, tak ramai perempuan. Majoriti yang aktif dlm group adalah lelaki. Coz dorang rajin keluar pun petang/senja atau subuh/pagi. Waktu macam ni adalah paling cantik, paling sesuai kalau nak ambil gambar. Fanomena sangat cantik tahu??! Orang perempuan?? agak tidak sesuai la outing time gini.. time inilah nak bagi makan anak laki..time ini la nak siapkan anak sekolah..siapkan kerja rumah ye dak...ermmmm

Entah bila dapat joint outing ni... teringin lah!! Selalu ambil gambar anak-anak je la..hihi
0

Pasar Malam Hebat Di rumah aku




Inilah suasana pasar malam yang sekangkang kera setiap hari Ahad di taman perumahan aku. Ok lah dari x ada.

Disebabkan majoriti penghuni kawasan aku ni di huni students Masters Skill, itu yg wujud pasar malam. Rumah kat sini, majoriti di sewakan kepada pusat pengajian swasta tu. Not bad gak sewa dia..

Biasa aku beli kerabu megi, ayam, yong taufu atau jagung manis.






- Posted using BlogPress from my iPhone
0

Karnival Seni Budaya kami pergi 2nd Day-malam









Semalam perasmian Karnival Seni Budaya di Stadium, Kota Bharu. Sayup sayup kedengaran bunyi tembakan bunga api di rumah kami.. So, pagi semalam ada sukan di sekolah... kelas tuisyen anak di ganti waktu petang. Petang, selepas ambil budak-budak kelas..langsung makan di Pizza Hut sementelah aku malas tul nak masak..penat hokey....aku yang penat di hari sukan anak-anak. Dari jam 9-1 t/hari aku duduk di padang..haha

Malam, suami aku singgah ke sini. Terima kasih.... erm, tak ramai pulak kali ni pengunjung datang. Mungkin bertembung dengan program Jamuan 1 Malaysia tu Perdana Menteri & isteri dia datang tu.... biasa apa-apa even, kalau ada buat kat Stadium ni memang bersesak-sesak pengunjung datang.. mungkin lain malam ramai la kut. Even ni sampai 4hb baru habis.

Malam ni ada persembahan gendang pasukan dari Kok Lanas. Jauh depa mai.... kemudian ada wayang kulit..

Lepas jalan-jalan kejap..terus balik..penat jangan citer la... sampai rumah bersihkan diri terus tido.... fensan!



banyak lagi gambar di : www.photo-sosiology.blogspot.com
0

1 Sukan 1 Sekolah 1Malaysia



















Semalam pagi Sabtu segala kelas tuisyen dibatalkan dan di bawa ganti pada waktu petang berikutan ada sukan 1 Malaysia di sekolah anak-anak aku.

Macam biasa aku hantar ke sekolah jam 6.50am since kalau ikut program start jam 7.10am.. Nampak di padang kemah dan kanopi rumah dah siap terpasang. Aku janji dgn anak aku nk datang jam 9.00am.

Meriah tau.. Seronok tengok anak-anak kecil bersukan. Para guru memberi sokongan pada rumah masing-masing.

Acara untuk ibu bapa pun ada.. Tp aku tak joint la..

Aku stay sekolah sampai habis. Buang minyak kereta je dok ulang alik. Cuaca baik pada hari sukan. Tak panas.. Tak mendung.. Cuma bila dah jam 1 tu.. Biasa la terik berbahang. Apa yang nampak, budak skolah memang enjoy sangat.

Hadiah sukan mmg best dan sesuai dgn budak-budak iaitu tipuware. Lagi banyak koleksi lagi bangga.. Ada juga barang boleh nak tayang pada parents dan adik beradik. Macam kau orang x biasa.. Aku mmg biasa la time skolah rendah dulu.. Best woo dapat hadiah walaupun tipuware.

Anak aku, Aleeya je dapat hadiah. Team dia juara acara bawa bola dengan raket badminton.. Zulaika, tak ada....

Apa pun.. Budak-budak seronok sangat... Kenangan pertama kali bersukan buat Zulaika dan 2nd time utk Aleeya.






- Posted using BlogPress from my iPhone
0

Karipap






Semalam aku buat karipap pertama kali jadi. Of coz la suka. Not bad rasanya.. Inti tu aku dah siap masak malam semalam lagi..


Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam skit
  • air
  • INTI
  • 5 biji keledek
  • 2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • air

Cara-cara

  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas. Bancuh air+garam.Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
  5. Karipap sebelum dgoreng. Bleh juga terus dfrozenkan.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor,Tumpat,Malaysia

0

Hobi En Husband~ kumpul duit lama


Suami sedang gigih mengumpul wang lama termasuk syiling dan kertas. Kebetulan ada wang syiling lama yang masih aku simpan. Suami aku ni tak berapa gemor duis syiling dalam poket, berat kan... so dulu belambak la dalam kereta. Itu pun beratus juga dah masuk dalam bank simpanan anak-anak (bahagi 3 orang).

Yang berbaki ni yang masih aku simpan dari rumah lama (Jln Pengkalan Chepa). Masih tak berusik. So, korek korek dapat la duit syiling lambang parlimen paling lama pun tahun 1967. Agak kalau korek lagi dalam kotak yang ada bawah tangga sure jumpa lagi lama kut..sebab aku ingat, duit syiling suami aku ni mmg banyak. Ada dalam macam-macam tempat..aku pun malas nk kutip..

Duit syiling RM1 (warna emas) tu pun kebetulan ada beberapa ringgit dulu aku tak belanja (masa stay di Kedah around 2002/2003) sebelum penggunaan duit RM1 syiling di mansuhkan. RM2 wang kertas pun ada beberapa keping.. huhu


Suami dah collect duit dari 5sen sampai RM1 syiling. Kalau ada lagi simpan lah...buat khazanah dan warisan.. anak-anak pun boleh tengok.

Sekarang nilai matawang lama pun dah tinggi youuu....
0

My nikkor lens 50mm 1.8




Hello fellas..

As u know.. Ahkak kan wajib mengambil gambar produk jarak dekat. Selagi tak dekat akak tak nampak maklum rabun.

Melengkapkan keperluan wajib akak dapatkan lens inu. Yesss!! Akak guna duit untung biz kecilan akak itu. Alhamdulillah..

Banyak dah akak beli pakai duit poket sendiri termasuk Smocking Machine yg akak x penah guna lagi.. Nanti la akak kena asah bakat menyulam semula. Rindu nak buat bullion roses!!




- Posted using BlogPress from my iPhone
0

My new gadjet - nissin mark II Di622





Setelah hampir beberapa tahun, baru dapat speedflash. Alhamdulillah sabar menanti akhirnya dapat pd harga yang cukup murah untuk model ini.

New box original with 1 yr warranty. Boleh bounce, pusing, dongak bagai. I like!!!

Thanks to my hubster coz sponsor me this speedlight. Actually i got my others baby also. That is my new lens at the same time using my own money.

Cukup buat ms ni. mau praktis dan praktis.. Photoshoot my product- fizan handmade & my family.

Choew




- Posted using BlogPress from my iPhone
0

Sukan 1 malaysia sekolah anakku











Anak-anak sudah habis peperiksaan bulanan minggu ini. Hari ini Jumaat mereka ada aktiviti Sukan 1 Malaysia.

Rasanya lebih kepada sukaneka saja. Aduh, cuaca panas la sangat. Sakit kepala aku. Pergi tengok kejap waktu datang jemput Aleeya dan Zulaika.

Ok la.. Budak-budak ni happy je..



- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor,Tumpat,Malaysia

0

Periksa sudah bermula


Sekolah rendah di sini dah mula peperiksaan bulan 6. Anak dara aku yang berdua tu dua hari ni nampak macam ok. harap result ok la..

sejak kebelakangan ni budak berdua tu dah boleh harap bersiap sendiri. Tak payah la aku bebel bebel tiap pagi suruh buat apa yang patut. Cuma aku akan pakaikan tudung untuk Zulaika saja. Aleeya dah pandai bersiap sendiri. Pakai tudung pun sendiri. Paling lega, Zulaika pun dah pandai kelepet tudung sendiri.. so nampak la kemas sikit. 2 minggu buka sekolah ni, lega la tengok kasut sekolah boleh la dorang pakai 5 hari tak nampak kotor macam masa mula sekolah buka hari tu. Ok la, ringan sket kerja aku.. LOL.

Esok katanya last paper..tapi dah bawa buku lain utk belajar.. tunggu next week, result keluar..

0

Donut ever

Kenampakan seakan tidak menyelerakan.. Tp apa ada pada rupa.. Satu tupperware ini aku goreng, sekali makan saja anak-anak aku.


Anak aku jenis memilih makan. Tapi kalau dapat donut ini, confirm habis tidak bersisa..

Alhamdulillah resepi Donut Suria tetap terbaik.





- Posted using BlogPress from my iPhone
0

Gulai asam tempoyak rebung racik halus








Beberapa hari puasa ganti minggu lepas, tekak rasa nak makan gulai tempoyak je.. En asben bawa aku pergi pasar basah Wakaf Bharu, ternampak makcik tu jual rebung fresh dari ladang. Siap racik halus. Yang aku suka beli di pasar mcm ni sebab ia adalah MURAH!

ehem, last holiday aku dah tahu cemana nk buat gulai asam yang maha sedap• sesedap air tangan mertua aku• asli dari PAHANG. •• info# suami aku pure pahang mmg gulai asam tempoyak ni wajib la, macam sama wajib selera aku terhadap ŁÄKSÅ!! ngeee

Maka, habis licinlah asam tempoyak aku dan suami makan.. Nyamnyam.

Ñøtê: Aku bawa balik sebalang beso tempoyak mak aku buatkan utk aku asli dari SUNGKAI ••LOL••



- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor,Tumpat,Malaysia

0

Kerabu pucuk paku dgn tauge




Dah lama sangat teringin nak makan kerabu pucuk paku macam ni. Dulu mak aku selalu buat masa kecik2. SekarNg aku nak buat asik la tak cukup bahan. Ada pucuk paku, tauge pulak tak ada. Sebenarnya, kalau tambah kerang lagi sedapp..

Resepi dari koleksi chef hanieliza, aku kongsi dan sebagai rujukan aku kelak.

BAHAN
2 ikat pucuk paku ambil daun saja dan celur
Tauge x perlu celur
Setengah biji kelapa diparut dan digoreng tanpa minyak hingga kekuningan

2 biji limau kasturi ambil jus
1 sudu besar air asam jawa pekat
Gula sikit

BAHAN KISAR
1 biji cili merah besar
5 biji cili api *nk pedas lg tambah la ye
Sedikit ikan bilis
Seinci belacan

CARA
Campur je semua bahan dan gaul sebati. Simpan dlm peti sejam sebelum makan.

Selamat mencuba.
----


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor,Tumpat,Malaysia

0

HDR: Menara Jam Hotel Ridel, Kelantan


aku memang minat HDR. ini kali ke-2 aku practise HDR. cara, buat braketing saja. tapi masa snap this pic, aku tak bawak tripod.. handheld saja..

next time buat HDR lain pulak ye.

kredit: http://photo-sosiology.blogspot.com/
0

feeling mcm di Ausse ^^



musim luruh... LOL!

feeling mcm di New Zealand gitu... tapi sebenarnya di persisir Sungai Kelantan saja..
Tengahari tadi sementara nak tunggu anak aku habis kelas tuisyen.. aku singgah kejap di Jeti D Raja bersebelahan Hotel Ridel, Kelantan. Dulu kawasan ni adalah gerai makan. Tapi telah di bangunkan menjadi jeti. Gerai tu dah roboh lah. Than, pejabat Kastam pun dah upgrade buat bangunan baru.. Ok lah, nampak lebih tinggi.. dulu kalau banjir, kawasan ni ler akan di naiki air.. kawasan ni la pun port 'pesta air' dorang datang ramai-ramai main air kat sini.. siap berpelampung bagai.. sabor je le...

Ok hari ni tak puasa.. byk kerja keluar dari pagi-t/hari.. kang en. husband makan sorang.. sian plak aku terliur.. LOL!
0

Puasa dah..


Hari ni dah start puasa ganti... pejam celik sekejap je nanti ni sudah Ramadhan...

Sambil berpuasa boleh diet sket.. dah naik berat rasanya sejak balik cuti..asik ler nak makan... harap raya nanti dpt ler slim balik.. hua hua...
0

Holiday Part 1 (I-City, Shah Alam ~ waktu mlm)










Selepas hubby siap kerja dia di waktu siang.. malam tu kitorang pergi I-City. Ini kali ke-2 aku jalan-jalan I-City. Last year aku pergi waktu tu FREE lagi. Komen aku, kali ni tak berapa happening mcm tahun lepas. Lampu dia sikit je.. dulu lagi lawa..maklum la baru lagi...

ada la tarikan lain...tapi kami pergi nk pi tengok lampu je... last, jalan kejap..pastu main helikopter yg tarik dgn getah tu.. RM10 - 4 unit selepas tawar..hehe nk masuk Snowalk, waktu malam rentikan la wei..ramai gila orang.. pastu tiket masuk pun MAHAL.

So, kami decide nk masuk Snowalk waktu siang. Jimat banyak you... lagipun siang tak ramai orang.
0

Holiday Part 1 (Klang, Selangor)




Lokasi Klang rumah abang.
0

Murtabak Raja


Murtabak Raja memang fofular di Kelantan ni. Baru kali ni aku dapat beli. Beli pun masa pos barang di Petronas siang tadi.

Cara masak, goreng dgn minyak ala kadar atas kuali sampai garing. SEDAP!!

Saiznya super duper besar.

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..