0

Larian beramai-ramai di sekolah


Ini cerita semalam..
Bersungguh si Aleeya bercerita, dorang ada sukan. Aku pun hairan juga, sukan apa pulak petang-petang ni. Start jam 3.00 ptg - 5.00 ptg.

Since dia dah bercerita kena bawa bekas/cawan aku pun prepare lah air sirap untuk dua beradik tu. Aku hantar ke sekolah jam 2.45 ptg.

Sampai sekolah, padang kosong je.. Takkan sukan rumah pulak. Tak nampak pun khemah/kanopi ke.. tak pe la, nampak ramai dah budak-budak lain sampai.

Aku tinggalkan dorang depan pintu pagar lepas hantarkan sampai situ je. Dari jauh dah nampak kawan si Aleeya melambai-lambai panggil dia ^^,



Ingatkan jam 4.45 ptg sempat ler aku nak tengok sukan apa mende dorang dok main tu.. elok sampai budak-budak tu semua dah melepak luar pagar. La...dah habis ke??? cepat sungguh... Anak aku berlari-lari nak naik kereta.. Aku dah pesan awal-awal soh tunggu depan pagar je. Malas aku nak cari dorang sekeliling sekolah. Letih wooo

Hahaha rupanya ada acara berlari keliling padang sekolah. Dari darjah 1 sampai le darjah 6. Untuk apa berlari tu idok ler aku tahu. Aleeya siap cerita dia jatuh dalam longkang sebab ramai sangat berlari tu. Ye la, beratus-ratus pelajar lari di padang sekolah yang comel.

Aku rasa, kalau macam kita dulu.. itu ibarat berlari merendas desa. Tapi sebab sekolah ni tepi jalan raya besar..agak tak sesuai nak buat acara tu atas faktor keselamatan. Lagi pun budak sekolah rendah, apa la dorang tahu..kang bertempiaran lari udah menyusahkan pelbagai pihak.

Yang pasti, dorang balik kulit muka itam legam berbakar...kih kih


Makcik sempat posing dengan aksi kiut jelir lidah. wekkkk!

0 comments:

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..