0

Hari Terbuka Sekolah & Jamuan Teh


Tarikh 6.5.2011 bersamaan hari Jumaat yang lepas aku pergi ke Hari Terbuka Sekolah & Jamuan Teh untuk ibu bapa.

Ni kalau masa aku sekolah rendah, saat ini ler yang di nanti-nantikan. Bangga je bila abah aku datang sekolah.. hehe lagi pulak kalau result bagus, lagi kembang hidung..

Anak aku ada 2 orang bersekolah di sini, so dua-dua kelas aku pergi. Sekejap je pun sesi berjumpa cikgu. Tak macam kita zaman sekolah dulu, cikgu aku dulu siap terangkan satu persatu segala peratusan mata pelajaran..kelakuan..kebagusan..ketidak bagusan..

tapi cikgu anak aku ni...aku pulak kena tanya macam-macam.. kalau tak tanya, kita pulak tak tahu. Takkan nak datang pagi-pagi buta saje gitu je... hu hu walaupun baru darjah 1 & 2..tapi budak-budak sekarang pandai-pandai wooo...



Lepas tandatangan segala, ada jamuan teh. Actually jamuan teh ini dianjurkan oleh PIBG. Dorang sambil-sambil tu nak kutip dana lah untuk baik pulih infrastuktur sekitar sekolah terutamanya nak baik pulih saliran/longkang sekolah yang tersumbat. Asal hujan, kelas anak aku tepi padang mesti banjir punya sampai atas betis. Kesian dorang... Harap terkumpul la duit yang dorang perlukan tu.



Acik ni peneman aku le... sapa lagi nak teman kalau bukan dia.. ^^,

0 comments:

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..