4

Ayam Goreng Percik Berkuah

Sandwich makanan pagi yang paling sempoi. Aku suke ia kerana rasanya yang sedap dgn adanya tuna pedas dan sayur2an. Kira 3 in 1 memang senang nak buatnya... Kalau tak pedas pelik pula rasanya kan.... ini sarapan pagi kelmarin agaknya...belum update dlm blog, aku just masukkan juga. Takkan nak sia-siakan tenaga aku mengambil gambar dan tenaga bateri yang setia shoot apa saja mengikut kehendak tuannya...layanZzzzs...


Ayam percik berkuah. Wallah rasanya memang lazat sekali! Semalam aku dah buntu nak masak mende ntah...gini la kalau hari-hari masak sampai ketikanya kepala tak dapat nak pikir apa lagi rasa nak makan...situasinya sama juga kalau asik membeli makanan/lauk di kedai...asik makan ayam,ikan,sayur sampai tak tahu nak makan apa lagi...tapi perut tetap lapar minta di isikan....


Actually dari kelmarin aku asik nyahbekukan dada ayam cadang nak buat chicken chop...bila dah agak ayam tu ready untuk di masak, tiba2 selera berubah macam tak selera pulak makan chicken chop..terlalu simple rasa macam tak kenyang....erm, mencari2 resepi apa yang sesuai dan belum pernah di cuba tanpa melibatkan byk tenaga, aku terjumpa resepi ini. Simple amat, tak perlu duduk/berdiri lama...kaki aku semakin sakit sekarang..mungkin kerana berat semakin bertambah...hehe masak pun kejap je...menu semalam macam biasa tak byk mana, ada lauk dan sayur kira dah ok la tu..janji lazat habis sepinggan nasi.

Masakan ni berkuah ok..so tak payah nak masak sup ke apa lagi..senang sangat kerja aku....*malas sebenarnye..hehe


Ayam Goreng Percik Berkuah.


Bahan:
3 ulas bawang merah kecil**
3 ulas bawang putih**
1 inci halia**
1 inci kunyit hidup**

**~tumbuk halus dan lumat

ayam di perap bersama garam dan kunyit-goreng dahulu.

1 sudu besar cili boh/cabai kering kisar
2 batang serai
1 cawan santan pekat

garam dan gula secukupnya
minyak menumis.


cara masak:

ayam goreng terlebih dahulu.Toskan.

tumis bahan ** sehingga naik bau. Masukkan santan dan sedikit air *agak2 la nak byk mana ikut byk ayam tu okeh. Kacau jgn berhenti sehingga naik buih, masukkan serai dan cili boh. Saya suka letak daun limau purut coz nanti bau wangi dan rasa pun sedap. Masukkan ayam dan kacau lagi sehingga kuah jadi betul2 pekat...masukkan garam dan gula....siap!

4 comments:

Aida Alias said...

tima kasih letak resepinya... nampak simple je buatnya.. hiiihi nak cuba la sok lusa.. sedap plak tgk kuahnya tu..

Fizan Wan Pani said...

ok, memang mudah amat....kuah pun sodap!

INTAN said...

bunyi mcm simple eh....tingak lak rasa...
tp umah aku ni ayam x jalan...bosan betoi

Fizan Wan Pani said...

alah tak de ayam ikan pun boleh pe intan...

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..