3

Gigi Bongsu~ bengkak gusi


4 jenis ubat di makan buat minggu ini. 2 jenis antibiotik, 1 jenis ubat surut bengkak dan ponstan.


Gigi bongsu atau gigi terakhir tumbuh aku dah alami pada usia 17 tahun semasa SPM & semasa belajar di 'U' pada usia 19-20-an gitu. Hazabnya sakit tumbuh gigi bongsu ni sampai demam 2 minggu. Memang sakit sangat. Lagi kalau kena ruanga tumbuh tu sempit menyebabkan gigi bongsu tu tolak gigi yang sedia ada.. fuh!!! tak boleh cerita dengan perkataan punya lah sakit!!

Nak dijadikan cerita, gigi bongsu atas paling hujung belah kanan aku ni memang tumbuh di ruangan yang sempit. jadi masalah lagi nak gosok gigi tak lepas coz rahang pipi sama kecik. Dah macam-macam jenis berus gigi aku beli semua tak lepas. Sampai lah aku terjumpa berus gigi Systema baru lah boleh. Tapi dah terlambat, elok je jumpa berus gigi baru, waktu makan tetiba aku rasa ada serpihan pasir. Rupanya gigi bongsu aku dah pecah. sudah berlubang...

Seperti yang diduga, mesti mengundang kesakitan. Sebab berlubang agak dalam. Punca berlubang bila plak terkumpul (x dpt di berus & dibuang) maka terhasillah karies gigi. Kalau salah makan atau salah gosok pun boleh sakit gigi berlubang ni. Kejadian berlaku dalam akhir tahun lepas.

Baru-baru ni kesakitan jadi semakin teruk. Habis efek satu gusi dalam mulut aku. Sakitnya tak boleh cerita lah..berdenyut-denyut. Bila di pegang dengan tangan, kut ada gigi yang sakit, tidak pula gigi sakit..tap gusi yang sakit. Berbisa!

Semalam paling tak tahan..kemuncak kesakitan...nak menangis tak berair mata.. pagi-pagi telefon Klinik gigi, PENUH pulak appointment dorang sampai 26.4. ni..adoiii aku tak boleh tunggu dah... nk minum air pun sakit. Sebaik berjumpa doktor, diperiksa gigi dan gusi..rupanya gusi sudah bengkak di sekitar gigi. Bila di cungkil sedikit terkeluarlah nanah & darah. Beliau meminta aku memegang cermin dan menunjukkan gusi tu pada aku. Ngeri!

Kesan cungkilan tu...aduh...sakitnya berlarutan..lebih 'menyucuk2'.. sebaik keluar klinik terus makan ponstan yang diberikan. lega sekejap... Balik rumah sakit balik sampai ke malam..tidur pun awal..

Kesakitan bengkak nak surutkan nanah dan darah gusi aku tu, berlarutan selama 3 hari. Erm, semalam ponstan habis aku makan..kena tambah lagi. Asal sakit mmg tak tahan sungguh.

Kalau dah ok, rasanya baik di cabut saja.. erm, tengok la dulu..doktor kata tak effect pada akar lagi...kalau boleh tampal cemana ye... sayang juga nak buang..

3 comments:

Unknown said...

klu dah sakit mmg la tak boleh nk ckp sakitye

fizan wan pani said...

betul tu farrah.. padahal gigi tu pecah dlm sebulan lepas cuci gigi di dentist. Doktor pun tak detect gigi bongsu sy paling belakang tu rosak sbb terselindung (rahang kecil + ruang gusi pun sempit). Ni rasa nk tampal je la..dah jumpa berus gigi systema kepala kecil, boleh berus sampai situ..tp kena nganga luas2 la..haha

zuwaidah said...

fizan, kalau dah surut sakit tu,buat crowning saja, tak yah cabut...gigi elok lagi masih boleh diselamatkan

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..