2

no more diapers


acik kecik ni dah 3 hari aku train dia tak pakai diapers... paksa rela. Tahun depan nk masuk 4tahun. Elok la dia biasakan tak pakai diapers di siang hari kecuali tidur. Mula-mula dia geli sebab punggung ringan kut. asik mintak aku pakaikan dia diapers je, siap bawa sekeping diapers kat aku. aku cakap tak boleh.. nak kencing cakap. kita pergi toilet. Ok la, sehari lepas. dia cakap kalau nak kecing. comel jek kat toilet..haha dia takut/gayat sebab tandas tu macam besar je dengan dia.

hari ke-2 waktu siang ok lagi. kencing dia cakap. tapi malam sekali terbabas gak. rasa sebelum tu baru je kencing. tapi sikit. tak lama lepas tu basah habis. banyak sangat minum kut.

hari ke-3 dah ok. dia boleh kencing sendiri kalau rasa nak kencing. tapi banyak dia bagitau nak kencing. ok lah tu.. aku tunggu dia kencing sampai habis. basuhkan. tak lama lepas tu aku dengar bunyi air kat tandas. tak bunyi macam kakak dia pun. terus panggil nama dia. rupanya dia yak yak. dia cakap dia sakit perut. heh heh percubaan nak membasuh punggung sendiri tapi tak reti. syabbas bettey!

esok pergi tandas lagi tau. jimat duit beli diapers.

2 comments:

shida anwar said...

memula saya nak suh anak yg sulong benti pampes saya ajar g toilet 2 jam sekali tp stiil pakai pampes ms t umur dia 2 tahun setengah...takut nak lepas terus kang terburai merata..tp baby sitter dia lg ganas 1 day saya nak amik anak saya dia ckp x payah pakaikan pampes terus nnt dia tau sendiri...rasa2 bontot mmg x pakai pun...hihi...tp mlm kat umah saya pakaikan gak pampes...dlm seminggu ok dah...

fizan wan pani said...

@shida anwarbetul tu shida..mmg kena paksa secara kasar..haha kakak dia 2 org tu pun mcm tu gak..memang terus tak pakai kecuali nk tidur..nanti automatik dia tahu nk pergi toilet. kecuali yg no.2 tu suka tahan2 kencing sampai terkencing gak kalau main game.dia takut kalah la tu..geram sikit le...asik kena ingatkan je. adik dia ni dah boleh dah pergi sendiri...berak kencing dah lulus..yey!

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..

There was an error in this gadget