0

Kek Marble Pandan & Coklat

Dah lama tak bakar kek... sekali buat tadi ada juga kesilapan yang berlaku :( ..
Loyang patut guna besar sikit. Patut lenser dengan mentega yang banyak...
belajar dari kesilapan lah! Dah siap potong-potong pun.. mmg niat nak bagi pada pekerja yang ada kat office en.daddy...

Rasa memang sedap...moist...gebu... certain bahan aku tukar.. sebab dah geledah pasaraya Salamku, tak jumpa pulak bahan yang diperlukan..so guna mana yang ada dalam laci di dapur... :)



Kek Marble Pandan & Coklat
  • 200 gm tepung naik sendiri
  • 230 gm mentega
  • 220 gm gula kastor
  • 230 gm telor
  • 3 gm esen vanila (1 sudu teh)
  • 30 gm serbuk koko
  • 50 gm susu segar
  • beberapa titis pewarna hijau
  • beberapa titis esen pandan




Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180 C. (*ummi set oven 165C).
  2. Sapu butter pada loyang dan alaskan kertas baking di dasar dan bahagian tepinya.
  3. Dalam mangkuk, pukul tepung dengan mentega hingga jadi pes yang sebati (hati-hati ketika memukul, tepung akan sedikit naik berdebu). Ketepikan.
  4. Dalam mangkuk lain, pukul telor dan gula hingga likat.
  5. Masukkan adunan ini dan esen vanila ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati dan kembang.
  6. Bahagi dua adunan - satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala satu bahagian lagi dicampurkan pewarna hijau dan esen peppermint.
  7. Letakkan 2 sudu besar adunan coklat di bahagian tengah loyang dan kemudian letakkan pula 2 sudu besar adunan hijau di atas adunan coklat tadi.
  8. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
  9. Kemudian hentakkan sedikit loyang sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 - 50 minit.

0 comments:

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..

There was an error in this gadget