4

Istana Batu, Kota Bharu






Petang tadi hantar anak-anak ke kelas mereka. Ada 1 jam sementara tunggu dorang, kami ambil kesempatan singgah Istana Batu. Walaupun dah selalu lalu di istana ni, baru ni le menjejakkan kaki ke sini. Waktu sampai, lagi beberapa minit dah nak tutup da....

Tiket masuk dewasa RM1, kanak-kanak 50sen. Tapi tadi guna 1 tiket je RM2...izzaty FOC..

Meninjau kediaman Di Raja suatu ketika dulu.. melihat carta salasilah institusi kekeluargaan Di Raja, melihat gambar2 dahulu kala keluarga Di Raja Kelantan...serta koleksi-koleksi pinggan mangkuk, cenderamata, bilik beradu, pakaian pengantin serta koleksi hantaran dulu-dulu memang menarik.

Sesiapa yang datang melawat ke Kelantan, jangan le lepaskan peluang melawat tempat-tempat bersejarah ni. Kawasan berhampiran Istana Batu ni memang dikelilingi Istana Di Raja ketika dulu...semua rapat2 je...jalan kaki pun ok dah..tempat makan dekat, tpt shopping pun dekat... ahaks..

4 comments:

Ummi Humaira said...

salam Fizan .

baru kali pertama tahu kisah istana ni.. tq kerana berkongsi maklumat.

ibu WaWa said...

inilah kali pertama akak lihat istana batu, kota bharu. bestnya...

kalau ajak suami akak ke sini mesti dia suka punye, maklumlah org sejarah.

Fizan Wan Pani said...

Istana Batu berada berhampiran dengan istana-istana Di Raja yang lain. Sebelah menyebelah saja. Semua Istana Di Raja mempunyai namanya tersendiri. Istana Batu ini sendiri tidak lah besar mana, simple saja macam rumah kita biasa..cuma alatan dan perkakasan yang dipamkerkan adalah tinggalan Permaisuri, Raja dan anakanda baginda yang sangat cantik dan harganya mesti lah mahal..meleleh air liur tengok koleksi pinggan mangkuk yg cantik2 belaka...waaaaaa

Biasa kalau korang naik bas dtg Kota Bharu, mmg ada 1 parking khas utk bas...strategic location.. So korang boleh jalan kaki je pergi melawat Istana, muzium, balai kraftagan, Bazar Tg.Anis (hat ni br lagi), Pasar Khadijah, MPKB...semua dekat2 je taw....

farra8979 said...

wlupun oghe klate, segho mace penah g skali jah...

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..