0

Majis Potong Jambul Anak Saudara Baru Kami












Pada 29/11/09, adik lelaki telah melaksanakan majlis cukur jambul anak perempuannya yang baru lahir. Lokasi kali ini adalah di Aman Jaya Homestay di Trolak Jaya. Lokasi strategik sangat. Tepi highway Utara-Selatan..dekat je dengan Tol Sungkai. Buat sekali open house menjemput kulaan (sanak saudara) samada di Besout, Trolak, Slim River,Sg.Klah dan Alah Batu,Slim (family adik ipar).

Rumah baru adik yang dibeli ini tidak la menjadi tempat tinggal rasmi lagi.. dia buat Homestay. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan hinggakan penyanyi Aris Ariwatan pun pernah menginap di sini.. ;D

Suasana majlis cukur jambul sangat meriah. Mak awal-awal lagi telah buat laksa utara dengan bubur kacang. Adik lelaki ku itu sehari sebelum raya Haji dah bakar lemang. Menu lain ada soto,kek,kuih muih,buah-buahan tempatan,rendang ayam. Ni semua belah family adik ipar yang masak.. Pendek kata, semua menu sedap2 belaka.. rasa nak makan je semua weih....soto dia mmg tip top meletoop! Lemang adik yg 1st time bakar tu pun, mendapat pujian ramai..hinggakan ada yang pergi belakang rumah nak belah sendiri utk bawa pulang...

Selepas bacaan doa dari orang surau Besout (blok abah), petang tu ada Marhaban pulak jemputan khas. Majlis berakhir dengan menu habis semuanya... Elok habis, hujan pun turun...hehe


Selamat Hari Raya Aidiladha maaf zahir dan batin..



Feluk Shiom..

post signature



Tiada apa yang dipinta, hanya secebis komen ikhlas saja.



0 comments:

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..

There was an error in this gadget