1

Pizza Ayam


sebelum bakar




selepas bakar


Petang tadi buat pizza...dah lama teringin... alahai, buat doh 500g banyak la pulak....lain kali kena ejas sikit le.... kalau jamu tetamu boleh la...takat perut kami anak beranak, sikit dah memadai....


Pizza Ayam:

Bahan
500 tepung gandum...........]
1 paket yeast mauripan........] gaul rata
1 s/k gula..........................]
1 s/k garam........................]
1 s/b majerin/spry
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak

cara:

1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda.
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kpd beberapa ketulan.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendakki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZA

bahan
2 ketul dada ayam atau 250 gm daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam

cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan ayam dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga ayam empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.



*ada certain bahan tak ada...sy guna apa yg ada..










1 comments:

FiDa@aMiDa said...

fizan

kalau buat pizza ayam kat rumah kak mida guarantee abis heheh budak2 ni suka makan pizza :)

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..