0

Video: Aleeya Sofea training badminton



Malam tadi Aleeya, daddy & Izzaty pergi training badminton buat kali ke-2. Di sini ada tempat untuk kanak-kanak berlatih main badminton. Jadi dia dan adik-adik dia daddy baru register. Lokasi tak jauh dari rumah. Selepas Maghrib gerak ke pusat latihan.

Zaman sekarang tak sama macam zaman kita kecik dulu kan. Hari-hari kita boleh berlari dan bermain di laman. Macam-macam mainan ada.. dari main pondok-pondok sampai le main aci kejar..nyorok-nyorok..semua boleh keluarkan peluh. Anak aku ni, jangankan berlari, nak main sorok-sorok pun space rumah tak mengizinkan. hehe so, dengan adanya latihan macam ni ok la..dapat juga dia asah skill. Lagi pun ada la juga waris macam mak dia kan... Aku nak harapkan dia wakil sekolah berlari, nampak macam tak ada gaya je... kalau main badminton ni ok la kut.. esok besor sket boleh main tenis pulak di KB.

Malam tadi Zulaika tak ikut. Dia dah demam... demam akibat bermandi sampai bengkak mata di Splash.

video di rakam oleh Izzaty.

0 comments:

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..

There was an error in this gadget