0

Kak Zu's Order ~ crochet Beanie & Booties


Terkocoh-kocoh juga menyiapkan order dari Kak Zu geng TSY (PERAKIAN) ni.. sebenarnya, dia call directly je.. ater, bila dah bercakap tu nak menolak pun tak boleh la kan.. Dia nak cepat sebelum 10.4.2011 coz nak kasi Birthday Gift kepada anak sedara. Beanie (topi) & Booties kaler pinkish.

Kebetulan beanie mmg ada ready made dalam tangan. Tinggal nak siapkan booties. Kerja ni pulak kebelakangan ni asik tertangguh la sikit. Sekarang ada tugasan baru.. menyangkul tanah kasi rata belakang rumah & menyupir ambil anak sekolah.. hu hu.. menyangkul bagi rata tanah ni orang buat pagar batu tempohari pakai tinggal je tanah yang dorang korek begitu je.. sudahnya berbonggol bonggol sana sini. Dah lah batu banyak sangat... kena la aku yang buat.. kalau tidak aku yang buat, sakit lah mata ni melihatnya.. nak susun pasu pun tak boleh. Tunggang langgang jadinya. Lagi pun niat nak tanam rumput 'carpet' sama.. baru boleh santai di belakang rumah..

Kerja 'menyupir' anak sekolah ni tugasan baru.. rupanya penat woo ambil anak sekolah di t/hari ni.. dah la pantang lambat sikit, mesti 'lesap' ntah ke mana anak aku ni.. gi main lah... puas mencari satu sekolah.. Kesian en. suami ku yang selama ni terkejar-kejar dari tpt kerja nak ambil anak aku sekolah t/hari. Bukan sekadar t/hari saja, waktu petang pun ada setiap jam 4.30 petang. Anak sulung aku ada kelas KAFA balik lambat. Memang letih sangat! ~ rasanya sekarang ringan la sikit beban dia kan...

Ok kak Zu, since pagi tadi dia pun dah call tanya barang dia sempat ke siap..haha Alhamdulillah dah selamat di pos tadi.. ^^,

0 comments:

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..

There was an error in this gadget