4

Cili Api


Tempohari aku ada menyemai beberapa biji cili api. Nampaknya dah berjaya mengeluarkan anak pokok. Benih tu aku tabur saja di dalam pasu.

Bila dah keluar anak-anak pokok, ada beberapa aku pindahkan ke dalam pasu lain. Ini pun setelah di pilih-pilih, 3 lubang aku gali di tanah. Harap-harap berjaya la tumbuh merumpun. Cili api kalau tak ada, tak lengkap rasanya masakan.. walaupun kami tak tahan pedas, tapi sikit-sikit kepedasan dalam makanan tu kira wajib lah. Nama pun 'tekak Melayu'.

Ada 1 pasu tu,dah naik kerinting daunnya. Tanda kurang baja & dah nak 'menopos' kut.. daun pun dah gugur.. buah pun dah tak banyak.. Yang ini aku import dari rumah mak. Jauh tu dari Perak bawak balik ke Kelantan... mak aku mmg rajin semai cili api. Merimbun rimbun cili api mak aku keliling rumah. Dulu siap boleh jual berkilo kilo ke peniaga pasar. Dah lapang belakang dapur aku ni.. lepas ni nak cuba tanam sawi ke, kacang botol ke, timun ke pulak. Try n error le..

Aku perasan kawasan tanah kami ni dulu kawasan pertanian. Senang-senang je tumbuh pokok terung. Jiran aku pun ada pokok terung pipit yang tumbuh meliar. Kemudian, tiba-tiba je tumbuh menjalar pokok pegaga kat tanah aku ni. Tapi jenis kecik-kecik tu.. sebab tak berjaga, daun dia kecik sangat.. Agak-agak kalau aku gembur tanah, buang batu bata yang bertabur tu..mesti boleh hidup lah mini farm ville aku ye... ^^,

* aku ada pokok anggur dlm pasu..ades cemana ye nak kasi tinggi melangit & membesar serta berbuah macam pokok anggur Ustaz Badrul (ustaz masa aku darjah 3 dulu nih)??*

4 comments:

Harbin Salam said...

hallo ha..

bobhandburry said...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)
http://www.zuwairiaiman.com

Rozita said...

ko dah gi sini ye... nanti aku tukar link..

fizan wan pani said...

Wsalam bob..ok thanks..

Ita - ye, dah lama aku tukar link..nanti aku add link ko balik ya.

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..

There was an error in this gadget