0

Rendang Ayam

Pertama kali masak rendang ayam sendiri... walala memang sedap lah... puji sendiri sebab sendiri rasa sedap, sampai habis la ayam tu....


Resepi Rendang Ayam

BAHAN A:-

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (siat/racik halus)
  • 2 keping asam gelugur/keping
  • 1 keping kecil gula kabung
  • garam secukupnya
  • air secukupnya *nak masak sampai lembut kan...
BAHAN B (KISAR):-

  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahangian putihnya)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 10 biji cili padi **ini tak letak...kang pedas pulak..
CARA MASAK:-
  1. ayam dibuang kulit, bersihkan & toskan
  2. masukkan semua bahan (kecuali kerisik, daun kunyit garam & gula) dalam kuali besar, kacau sebati atas api pelahan
  3. masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati. kacau sesekali sekala
  4. masukkan garam, gula, kerisik & daun kunyit dan kacau rata. seimbangkan rasanya.
  5. masak sampai kuah pekat atau ikut lah citarasa masing2..
  6. tutup api, angkat dan boleh hidang dengan pulut, lemang,ketupat

0 comments:

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..

There was an error in this gadget