2

Donut Mini




Salam...

Hari ini hari ke-4 Ramadhan. Alhamdulillah Aleeya tetap masih bertahan. Nampaknya dia pun sudah biasa dengan keadaan tu.

Donut buat petang semalam. Resepi masih sama, cuma aku tukar air 200ml tu kepada susu segar 200ml. Rupa-rupanya rasanya lagi sedap...makan panas-panas lagi sedap!

Saiz mini, aku baru tukar acuan baru beli tempohari saiz kecik sikit. Jadi bila dah bentuk mini, budak-budak lagi teruja la nak makan... nampak 'senang' je nak makan compare saiz biasa.

Memang anak-anak aku suka la donut bergula ni... Bila dah bentuk mini, jumlah yang terhasil tu banyak la sikit. Separuh aku goreng siap semalam...separuh lagi goreng half cook n simpan dlm peti ais... lepas berbuka tadi goreng sikit dah tahu si Aleeya tu tetap dengan perut lapar waima dah pun berbuka... mesti pergi dapur menjeguk mana makanan yang ada..

Tak apa, dulu masa kecik aku masak tak ada sapa pun nak tolong makan.. nak tak nak mak dorang ni gak la pulun bagi habis..akibatnya, mak dorang naik 10kg!... sekarang dah ada orang nk tolong makan syukur la sangat..... budak tengah semangat nak makan...bagi je makan...

2 comments:

ayzagursoy said...

Salam Fizan,
Ya Allah Ya Tuhan, cute mutenya donat Fizan.. sedap buat berbuka kan? Heish thanks Fizan for sharing, at least ada idea nak prepare iftar untuk esok.. :)

pn fizan said...

wsalam Ayza,

Alhamdulillah boleh tahan jugalah rasanya... saya buat banyak..goreng half cook kemudian simpan dlm peti ais...selepas berbuka biasa dalam jam 10 dorang akan lapar balik..goreng panas2 makan ramai-ramai dengan milo sedap... :)

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..

There was an error in this gadget