0

Festa Makanan Thailand

Tarikh 23 Julai 2010 (Jumaat) kami pergi ke Stadium. Sebenarnya ada karnival jualan Red Warrior. Waktu sampai hari dah berangin kuat... nampak macam nak hujan... orang pun boleh tahan ramai. Tapi di Stadium biasa-biasa je. Ada booth Vantage jual murah2 juga set pinggan mangkuk. Sebab aku pun tak de duit, maka... aku gi belek-belek je la... Kitorang tak beli apa pun kat sini.. tak ada menarik.


Langsung sebelum hujan turun, sempat kami sampai ke depan PKK depan Stadium tu. Ada Festa Makanan Thailand. Rupanya, di sini lebih menarik perhatian pengunjung. Di luar dewan terdapat gerai makanan. Penuh la orang di setiap gerai. Beratur gitu...



Sawadikap.....



Dewan PKK & Gelanggang Seni yang menjadi tapak Festa. Wau bulan besar menarik perhatian Zulaika...





Posing, tapi tak dapat lah gambar penuh wau bulan nya...






Dalam dewan terdapat pameran dan jualan kraftangan Thailand. So, tinjau-tinjaulah hasil tangan mereka... juga terdapat tudung bawal berharga RM250. hehe lawa tau sulam tangan dia...



Ada ke orang Kelate baco blog ambo ni?? Sempat lagi pergi Festa ni.. lagi 2 hari akan tamat. Sampai 25 Julai.



Sempat merasa koe tiaw tomyam yang teramat la sedapnya... Seafood di kuahnya tu sangat fresh... panas lagi ni tau..berasap rasap mulut makan plus kepedasan lagi...

0 comments:

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..