2

Ayam Panggang Bermadu & Sayur Campur Kasturi


Sayur Campur Kasturi

Bahan:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Brocoli
Bunga kubis
Kubis
Lobak merah
1 biji lada merah
*semua potong2 aje

Minyak utk menumis
2 sudu sos utk sayuran
3 sudu kicap pekat manis
garam
serbuk perasa kalau suka
2biji limau


Cara:
Tumis bawang sehingga kekuningan.

Masukkan sayuran kecuali kubis masak hingga layu, masukkan sos dan kicap. Masukkan kubis.

Bila dah masak masukkan garam dan serbuk perasa. Tutup api, perahkan limau. Siap!




Ayam Panggang Bermadu.

Bahan:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih yg besar
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit
2 batang serai
Daun rosemarry
*semua bahan di atas anda tumbuk atau blender hingga lumat

2 sudu gula
1 sudu garam
4 sudu besar madu
3 sudu minyak olive

Sebelah ayam.

Cara:
Lumurkan ayam bersama bahan kisar dan garam,gula,madu serta minyak olive. Lagi sedap kalau perap 1 jam dulu.

Bakar pada suhu 180C selama sejam.


*************

menu di atas aku masak semalam. Ayam lagi la, memandangkan itu je dalam peti ais yg ada..patut petang semalam keluar, tp tepon kena blok pulak..aku tak dapat reply sms asben. Lupa bayar maa.....ke aku tak perasan mana letak bill tepon.huhu

Simple je, tp pada tekak aku sedap la sebab aku mmg suka panggang-panggan ni...

2 comments:

Aida Alias said...

ayam panggang madu tu membuat teringin lak nk mkan.. hahaha

sini tkde daun rosemerry.. kena gi shopping mall yg besar la kot

Fizan Wan Pani said...

tak pe, tak guna daun tu pun dah sedap..pada rasa aku, daun tu biasa je..ada pahit sket..tp kalau ikut resepi aku ni lagi sedap kut..rasa biasa kalau kita beli kat pasar ramadhan tu..haha panggang guna daun tu lebih cara org putih je..tp tekak aku ni lebih suka cara kita je...letak serai!

Post a Comment

komen jujur anda amat kami dihargai ;)

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

Aleeya Sofea Nazira|Zulaika Ardini Nazira|Izzaty Qasreena Nazira

anak menantu cucu Wan Pani

anak menantu cucu Wan Pani

kamu picit sini, saya picit sana juga..

There was an error in this gadget